01 March 2011

Liga Bergu KLO STA Siri 2 : 5 Mac 2011

Setelah gagal semasa Siri 1, Team P8 akan kembali menyertai Siri 2 yang bakal diadakan hujung minggu ini dengan matlamat untuk memberi cabaran yang lebih baik kepada bergu-bergu yang sememangnya hebat di luar sana.
Cuma yang agak kurang bess nya, beberapa pemain utama P8 seperti Dr Hisham, Azroul, dan Hisham tidak dapat menyertai pertandingan kali ini disebabkan oleh masalah-maslah tertentu. Walaubagaimanapun, pihak kami tetap yakin dengan kemampuan pemain-pemain lain yang bakal menggalas cabaran untuk team P8.


Terima kasih diucapkan kepada pihak KLO STA kerana sudi memberikan kami 3 slot bergu untuk pertandingan tersebut, insyaAllah kami akan datang dengan semangat setiakawan dan kesukanan yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment