09 January 2014

Aktivit dan rutin KPPj8

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masa bermain ping pong di KPPj8 untuk ahli-ahli adalah dari pukul 9-12 malam setiap hari. Terdapat dua buah meja ping pong yang disewa oleh KPPj8 pada waktu ini. Untuk mereka yang datang secara walk in, KPPj8 akan mengenakan bayaran sebanyak RM2. Waktu- waktu lain selain waktu ini juga boleh bermain di P8, tetapi sewa meja hendaklah ditanggung sendiri kepada mereka yang ingin bermain. Kadar sewa meja di komplek kejiranan presint 8 ini adalah sebanyak Rm4/jam.

Setiap hari selasa dan khamis pula akan diadakan liga dalaman bagi ahli- ahli KPPj8. Hal liga ini in sha Allah ayam kabel akan ceritakan pada entri yang akan datang. Meriah liga P8 ni!

Biasanya ramai juga mereka yang bukan ahli kPPj8 yang datang bermain di P8, dikalangan kenalan- kenalan dan saudara mara. In sha Allah kami akan sentiasa mengalu-alukan tetamu untuk bermain di P8, semoga kita akan mendapat manfaat dengan saling berkongsi ilmu  dan pengalaman dalam sukan ping pong yang dicintai ini. 


Bersama samalah kita memeriahkan dan memajukan lagi dunia ping pong Malaysia


Admin Ayam Kabel

0 comments:

Post a Comment