15 January 2014

Liga KPPj8

Assalammualaikum

Liga Dalaman KPPj8, satu acara yang tidak asing lagi bagi setiap ahli-ahli KPPJ8!!!

Liga KPPj8 diadakan setiap selasa dan Khamis bermula 9-12 malam. Liga ini terbahagi kepada 3 liga mengikut level pemain-pemain yang bertanding.
Terdapat 3 liga iaitu:
1: Liga Naga, liga bagi level advance
2: Liga Ayam, liga bagi level intermediate
3: Liga Puyuh bagi level beginner

Siapakah yang layak untuk bermain liga ini???
1: Ahli-ahli KPPj8
2: Mereka yang membayar yuran liga dan tidak miss bayar yuran kelab selama 3 bulan.
3: Ahli-ahli yang komited dengan jadual liga

Liga KPPj8 sangat meriah kerana disini setiap pemain-pemain akan diasuh untuk bertanding sesama sendiri bagi membiasakan diri dengan perlawanan sebenar diluar kelab. Bagi admin, liga ini sangat bermanfaat kerana ianya dapat mengasah teknik dan mental dalam berhadapan dengan perlawanan. Kita akan dapat simulasi perlawanan yang sebenar dan teknik dalam latihan akan dapat diaplikasikan secara real.

Setiap 5 pemain terbaik di liga puyuh dan ayam akan dinaikkan ke liga atas, sebaliknya 5 pemain tercorot liga naga dan ayam akan diturunkan ke liga bawahan. Maka bertungkus lumus laa setiap pemain berlawan. Ada yang ingin naik ke ayam dan naga, ada yang ingin bertahan dari turun ayam dan puyuh, ada yang main sekadar mengekalkan kedudukan dan ada juga yang bermain untuk sekadar dapat point. Tak dapat point teruk kena kutukkk ooooooo….


Hal-hal liga akan diceritakan kemudian secara lebih detail dan santai

P/S: Liga musim ni takde benda best sangat nak diceritakan

Admin Ayam Kabel



0 comments:

Post a Comment