07 January 2014

Kejohanan Ping Pong Berpasukan Novis Wilayah Ketengah 2014

by: KPPj8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KPPj8 telah mendapat jemputan daripada Kelab Keluarga Ketengah (Kelab 3K) untuk menyertai Kejohanan Pingpong Berpasukan Novis pada 4 Jan 2014. Kejohanan ini telah dijalankan di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. KPPj8 telah menghantar 4 pasukan, dengan kekuatan 13 orang ahli untuk menyertai kejohanan ini.
Pasukan Pingpong KPPj8 untuk Toney Ketengah
     
Kami bertolak dari Putrajaya kira-kira pukul 12 malam dengan menggunakan 4 buah kereta, kereta Dr. Hisham@MrP, kereta Azam@MrVp@Abang Long, kereta cikgu lan dan kereta syafik. Syafik bergerak sendirian secara solo kerana dia tidur di Kuantan terlebih dahulu, katanya untuk mengumpul kekuatan dalam menguruskan pasukan di Ketengah. Untuk makluman, Syafik adalah Pengurus KPPj8 untuk kejohanan ini.
Syafik@nejar , Pengurus pasukan

Kami hanya berhenti kira-kira pukul 3 pagi untuk sessi makan patin di Temerloh dan meneruskan perjalanan sehingga sampai di RnR Jabor pada pukul 5 pagi. kami tidur sementara menantikan waktu subuh dan meneruskan perjalanan ke Bandar Muktafil Billah Shah pada pukul 7 pagi. Kami selamat tiba di sana kira-kira jam 8.30 pagi dan bersarapan terlebih dahulu.



Bak kata azam @ MrVp, ini adalah nasi dagang terbaikkkk di atas muka bumi.
                                             
                          Muka kepuasan dan kekenyangan setelah membedal nasi dagang


Sessi bergambar dan bergalok sebelum menempuh perlawanan
Tiba divenue kejohanan
Ahli Pasukan sedang bersiap-siap untuk sessi memanaskan badan



sessi strokes, Azam spin, Azizi block, abg Khaled side coach

Azam sedang berlatih third ball attack, kononnnn…..

haaa, yang ni sessi latihan serves dan receives serve. Rutin strokes kegemaran azam

Spin hilang/ spin tanpa bayang dari azam, amat efektif dan jitu dalam sessi latihan. Bila game itu cerita lain...

Zulkarnain@ Zul naga sedang menguji Pimple cikgu Lan. Cikgu Lan sangat gembira pada hari tersebut kerana berpeluang menggunakan pimple kegemarannya.

Azizi, "susah betul nak blok bola Azam nih...

Presint 8A telah ditempatkan di kumpulan D bersama-sama team Balok, team tuam rumah iaitu team Ketengah A dan team daripada Bukit Besi. 
Presint 8A, dari kiri, Sham, Zul dan Mus

 
Team presint 8A ini terdiri daripada pasangan yang cukup serasi dan amat terkenal dalam dunia pingpong Novis Malaysia iaitu Sham Puchong@ Jerong dan Zulkarnain @Zul Naga. Mus pula telah membuat debut pertama beliau dalam team Presint 8A setelah peningkatan prestasi pada beberapa kejohanan sebelum ini. Seperti yang diramalkan, Presint 8A telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan menjuarai Kumpulan D. Keputusan peringkat kumpulan:
P8A 2-1 Ketengah A
P8A 3-0 Balok
P8A 3-0 Bukit Besi


Presint 8B pula telah ditempatkan di kumpulan H bersama-sama dengan team wakaf Mempelam A dan Bomba Dungun
Presint 8B , dari kiri, Ezreen, Dr Hisham dan Azam

Presint 8B juga telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan menjuarai kumpulan H setelah menewaskan team Wakaf Mempelam A 2-1 dan team Bomba Dungun 3-0.


Presint 8C telah ditempatkan di Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Hainan, Kemunting dan Wakaf Mempelam.

Presint 8C, dari kiri, Megat, Shahrul dan Azizi
 Presint 8C telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan percapaian sebagai naib johan kumpulan. Team ini bermula dengan agak perit apabila tewas pada perlawanan pertama kepada pasukan Hainan 2-1. Namun P8C mula mengorak langkah dengan lebih steady apabila berjaya menundukkan pasukan Kemunting dan wakaf mempelam dengan keputusan 3-0.

Presint 8D pula telah diletakkan dikumpulan C bersama-sama dengan pasukan Dungun, Balok dan Ketengah C

Presint 8D, dari kiri, 
 Presint 8D telah melepasi peringkat kumpulan dengan menjuarai kumpulan C setelah menewaskan kesemua pasukan 2-1. Angker mereka iaitu Otai Abg Khalid telah berjaya membawa pasukan ini setelah beliau memenangi kesemua perlawanannya di peringkat kumpulan. Yang kalah kesemua perlawanan tu tak perlu diceritakan di sini. Hahhahahha

Aksi dari orang lama

Double yang cukup serasi @ Sham Jerung/ Zul Naga

Cikgu Lan sedang berhempas pulas untuk cuba jugak dapatkan point bagi pasukannya.

Gambar gesture ini tiada kena mengena dengan kejohanan di ketengah ini, tapi memberi makna dan pengajaran yang cukup mendalam bagi ahli-ahli KPPj8.



Jerung terdampar keletihan setelah mengharungi peringkat Kumpulan

Faktor Usia
 Pusingan Kalah-Mati

Kesemua 4 Pasukan KPPj8 telah berjaya ke pusingan kalah mati. Presint 8A dan Presint 8C mendapat undian yang tidak berpihak kepada mereka dimana mereka terpaksa bertembung sesama sendiri. Presint  8C telah membuat kejutan dimana mereka berjaya menewaskan Presint 8A 2-1. Azizi telah menewaskan Zulkarnain@ Zul Naga 3-1, Zul Naga/Sham Jerung pula menewaskan Azizi/ Megat 3-2, manakala Shahrul pula mudah menewaskan Mus 3-0.

Presint 8B pula berhadapan dengan pasukan dari tuan rumah iaitu Ketengah A. Single pertama menemukan Azam dari P8B dan Mustapa Ketengah. Perlawanan ini cukup sengit dimana Mustafa mendahulu Azam 2-0 dan dikejar oleh Azam 2-2. Namun, manusia hanya mampu berusaha. Allah SWT jua yang menetukan segalanya. Azam tewas kepada Mustafa 2-3. Quote of the game, "aku nok baham guane bola dia, berekor-ekor dan noneng nguh bola tuuuu. Double P8B pula Ezreen/ Azam menentang Double Ketengah A Ust Rahim/ Ijat, dimana Double P8B tewas 1-3. Perlawanan ini juga cukup sengit namun kita terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan. Maka P8B telah tewas kepada Ketengah A 0-2 dimana Dr Hisham tidak sempat bermain game penentuan dan terpaksa berpuas hati dengan bermain hanya 2 game sepanjang kejohanan. Huhuhuhuhu


Aksi Azam dan Mustafa
 P8D pula berhadapan dengan pasukan dari kuantan dimana single pertama iaitu Cikgu Lan tewas mudah kepada Wahid 0-3walaupun telah berjuang sedaya upaya. Double P8D iaitu Abg Khalid/Madir pula berjaya menewaskan Double Kuantan 3-2 (Double P8D ini tidak tewas disepanjang kejohanan). Namun Abg Kalid sebagai single penentu tewas kepada Zahari dari Kuantan 1-3. Abg Khalid kelihatan amat letih dimana beliau telah beraksi sebanyak 8 game sebelum tewas game terakhirnya. Maka P8D teawas kepada Kuantan 1-2.

Madir/ Abg Khalid sedang beraksi. Chop-chop tonyohhhhh

Kami hanya mampu mendoakan kalian dari stand sambil membaham kepok lekor

Hanya P8C yang mampu melepasi pusingan kalah-mati dan seterusnya ke pusingan suku akhir. P8C berhadapan dengan Wakaf Mempelam B di pusingan suku akhir dimana P8C menewaskan lawan mereka 2-0. Megat nampaknya cukup power dalam acara double!!!
Azam minta time up pada set terakhir ketika P8C mendahului lawn 10-3, entah tektik siapa laa yang ajar ni

Double Megat/Azizi yang cukup ampuhhhhhh

2 game je ke main MrP? munching itu maksud gesture jari Azammmmm

Pasukan P8C sedang berehat sebelum memasuki pusingan separuh akhir.


 Di peringkat separuh akhir P8C berhadapan dengan pasukan dari Wakaf Mempelam A dimana P8C telah tewas 0-2. Azizi tewas kepada Anang 1-3, manakala double Megat/ Azizi tewas kepada double Anang/ Ari 0-3.

Rumusan Kejohanan

Kejohanan Ketengah ini menyaksikan percapaian yang agak memuaskan dari KPPj8 dimana pada peringkat kumpulan 3 pasukan dari KPPj8 berjaya menjuarai kumpulan mereka dan 1 pasukan lagi berjaya sebagai naib johan. Pasukan P8C pula telah mendapat tempat ke-3 bersama dan membawa pulang medal kemenangan ke Putrajaya. Percapaian KPPj8 mungkin boleh ditingkatkan lagi dengan latihan yang berterusan dan perjalanan ke venue kejohanan secara lebih santai.

Medal tempat ke-3 yang dimenangi oleh P8C, Azizi, Megat dan Shahrul




Laporan oleh: Admin Ayam Kabel











3 comments:

busro said...

terbaik lar ayam kabel

KPPj8 said...

Semoga KPPj8 akan lebih suksess dimana-mana kejohanan selepas ini. Amin

Unknown said...

power lar KPPj8...Lepas ni lagi menyengat lar dengan adanye Sapik@Nejar...

Post a Comment