08 January 2014

KPPj8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Komuniti Ping pong di Malaysia rata-rata sudah mengenali Kelab Pingpong Presint 8. Mungkin kerana kekerapan P8 dalam menyertai mana-mana kejohanan Ping pong di Malaysia ini. Kekerapan dan kebanjiran ahli-ahli P8 yg datang menyerbu ke mana-mana venue dengan pakaian yang seragam cukup memeriahkan mana-mana toney. Menang atau kalah itu belakang kira. Hahahahha. 

Bagaimana untuk bermain di P8, bolehkah saya jadi ahli P8? 
Semua orang yang boleh memegang bet pingpong layak untuk bermain dan menjadi ahli P8.

Senang sahaja, datang sahaja ke Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya. Kami sentiasa bermain setiap hari di waktu malam pada pukul 9-12 malam. Anda boleh bayar harga walk in RM2 sahaja. Kemudian kita boleh lepak-lepak minum. Petang pun ada orang main, cuma perlu call in sahaja.

Untuk menjadi ahli P8, anda perlu menghubungi Cikgu Lan @Azlan XP 013 9795555, bayaran untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM20 untuk seumur hidup dan RM10 bulanan. 

Toney Muar 2013

Toney Dungun 2013 (Ke-3)

Toney Dungun @013

Toney Bukit Kiara

Toney Muar 2013

Toney KLO




Toney Besut 2011

Toney Bentong 2011

Open Putrajaya 2012
Kami di KPPj8 sentiasa mengalu-alukan mana-mana sahabat yang mencintai sukan ping-pong untuk sama-sama beriadah denga kami. Semoga dunia pingpong Malaysia akan terus maju dan KPPj8 akan berusaha untuk turut serta dalam memajukan dunia pingpong ini.


Admin Ayam Kabel

0 comments:

Post a Comment