25 February 2014

Pertandingan Pingpong Jemputan Altec-KPPj8


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertempat di Kelab Pingpong BTHO, baru-baru ini pada 30 Jan 2014 telah diadakan satu pertandingan jemputan diantara KPPj8 dan Altec. Pertandingan bermula pada pukul 9 malam. Format pertandingan adalah acara single dimana setiap kelab akan menghantar pemain-pemain single untuk berentap bagi merebut kejuaraan tersebut.

Saudara Adi Shin @ Adi Asri antara peserta yang paling awal sampai di venue pada malam tersebut, katanya sampai awal balik awal.
Pemain-pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 6 pemain. Johan dan naib johan setiap kumpulan adalah layak ke pusingan kalah mati.

Kumpulan A terdiri daripada pemain Altec seperti Zaid danCikgu Rosli, manakala pemain P8 dibarisi oleh Hairi, Mamat dan Azree. Kumpulan A nampaknye dikuasai oleh pemain-pemain dari Altec dimana Johan Kumpulan A adalah Zaid dan naib johannya ialah Cikgu Rosli.


Kumpulan B pula terdiri daripada pemain Altec seperti Mstiga, Rambo Malaya dan Dawad, manakala pemain P8 pula dibarisi oleh Zuraidi, Fuad dan Johari Dugel. Johan kumpulan B ialah Rambo dan naib Johan ialah Zuraidi.

Kumpulan C pula terdiri daripada pemain Altec seperti Zul Aseng, Ijal dan Black Dragon, manakala pemain P8 pula ialah Adishin dan Adi Puchong aka Ayam Laga dan Mustar. Johan Kumpulan ini ialah Saudara Mustar P8 manakala naib johannya ialah Black Dragon

Kumpulan D terdiri dari pemain Altec seperti Faiz dan Yuri, manakala pemain P8 di barisi oleh Mahathir, Mulyadi , Cakoi dan syafik. Johan kumpulan D ialah Mahathir manakala naib johan ialah Mulyadi.

Antara perlawanan peringkat kumpulan A yang menjadi tumpuan dimana saudara Hairi P8 menentang Zaid Altec berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada zaid, 3-2.

Ini pula perlawanan di peringkat kumpulan B dimana Zuraidi P8 menentang Rambo Malaya, kemenangan berpihak kepada Rambo Malaya 3-1.

Perlawanan di kumpulan C pula kelihatan Adi Shin sedang berhadapan dengan Ijal dimana kemenangan mutlak milik Ijal 3-1.
Saudara Mulyadi sedang menggunakan serves mautnya ketika berhadapan dengan syafik di kumpulan D, ini pertembungan adik beradik di kelab yang sama dimana kemenangan berpihak kepada Mulyadi 3-0.

Dibawah pula disediakan gambar-gambar aksi pada peringkat kalah mati pula
Mustar sedang menetang Rambo Malaya pada peringkat kalah mati. Mustar menang 3-1


Mulyadi pula terpaksa bertungkus lumus sebelum berjaya menundukkan zaid
Kelihatan mereka-mereka yang telah tumpas awal namun masih lagi bersemangat memberikan sokongan kepada kawan-kawan yang masih lagi meneruskan perjuangan.






Mahadir sedang menentang cikgu rosli dimana kemenangan berpihak kepada Mahadir.
Eh, Kenapa tu Mustar? Mulyadi belasoh ambe, baham tanoh Ambe…...
Promoter game pada malam tersebut, Saudara Safar dari Altec. ketua kelab pingpong Altec


Walaupun tak lepas Gruping, kami rasa persembahan dan teknik permainan kami adalah yang tebaik diatas muka bumi, jelas Hairi. Manakala Adishin pula cakap, kalah menang yg penting kita enjoy!!!!
Johan Pertandingan Pingpong Jemputan Altec-KPPJ8, Saudara Mahathir dari kelab P8
Naib Johan pula saudara Mulyadi dari Kelab P8
Tempat ketiga dikongsi bersama saudara Mustar dan Black Dragon.


Secara keseluruhannya, pertandingan ini sangat berjaya dalam mengeratkan persahabatan diantara dua kelab Pingpong iaitu  Kelab pingpong Altec dan KPPj8. Di samping mengeluarkan peluh, pemain-pemain juga dapat merapatkan ukhuwah dan saling kenal mengenali dinatra satu sama lain. Pemai-pemain juga dapat menimba pengalaman dan berkongsi teknik-teknik permainan masing-masing. Syabas diucapkan kepada pemain-pemain yang bertanding serta penganjur pertandingan dan tak lupa ucapan jutaan terima kasih kepada Kelab BTHO kerana memyediakan venue pertandingan pada malam tersebut


0 comments:

Post a Comment