26 February 2014

Pertandingan Pingpong Battle of the Champion Intermediete (BOTCI) 2014, BTHO

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Satu pertandingan Pertandingan Pingpong Battle of the Champion Intermediete (BOTCI) 2014, telah diadakan pada 8 Feb 2014 bertempat di BTHO. KPPj8 telah diwakili seramai 7 orang pemain iaitu cikgu Lan @Azlanxp, Nizam@Nizam06, Sham@kapalselambesi, Zuraidi, Mahathir@mmskk dan syafik. Ili Abdullah@KTB menarik diri disaat akhir.



Senarai-senarai pemain yang bertanding pada hari tersebut




Saudara Adi@ayam laga sedang menjalankan undian untuk menetukan kumpulan masing-masing

Pemain-pemain bersedia untuk sessi taklimat permainan oleh Adi@ayam laga.

Nizam06 berhadapan dengan budak baru di peringkat kumpulan

serves cari makan nihhhh

Spin gerenti hilang oleh Nizam06, tapi bola nampaknya hilang di net tuuu

fokus zam, jangan tak fokus….

Perlawanan berkesudahan dengan kemenagan berpihak kepada budak baru, 3-0.


Adi@ayam laga sedang menentang Faiz@supershock

Spin ke tampor tu bro ayam laga sampai terbang tu?




Pemain-pemain KPPj8 sedang berehat dan merancang strategi seterusnya. Kelihatan Cikpi ada disitu untuk turut sama memberi semangat dan berkongsi tips beliau on how to get a medal? Cikpi ni antara pemain yang banyak pengalaman di KPPj8, katanya dia main pingpong dari kecik lagi. Hal-hal cikpi ni kita cerita kemudian hari.


Antara-antara pemain-pemain KPPj8 yang turut sama memeriahkan majlis. Untuk makluman, Pertandingan double juga turut diadakan pada hari tersebut, dimana KPPj8 turut menghantar wakil-wakil ke pertandingan double itu. MRVP KPPj8 @Azam@set2lauk datang membawa goreng pisang, kami semua gembira! 

Abglong Azam sedang menunjuk ajar leas cara-cara serves cari makan!


Antara gambar double yang sempat admin ayam kabel capture pada hari tersebut



Serves maut dari Megat nihhh, jarang orang boleh return niii

Daouble P8 tumpuan pada hari tersebut, Hamir dan Azlanxp


Abglong sedang sidekoch double dari KPPj8

Johan Pertandingan double BTHO pada hari tersebut ialah Zul dan Mus dari KPPj8. Tahniah kepada mereka dan KPPj8




Perlawan suku akhir single yang melibatkan Mahathir@mmskk menentang Shazwan@Wansriver

Serves ekor namanya ni...

Aksi blok medium pimple oleh Wansriver




Susah betul aku nak tonyoh bola medium wansriver nihhh, katanye madir...

Johan bagi Pertandingan Pingpong Battle of the Champion Intermediete (BOTCI) 2014 BTHO  ialah Sham@kapalselambesi. Tahniah kepada Sham dan KPPj8! Naib Johan ialah Faiz@supershock dan tempat ketiga ialah saudara Uyan

Carta/jadual Permainan single dari peringkat kalah mati


Rumusan pertandingan.



Pada dua acara yang dipertandingkan pada hari tersebut, KPPj8 telah berjaya menjuarai acara single dan double. Single dimenangi oleh sham manakala double dimenangi oleh zul/mus. Tahniah kepada mereka yang mengharumkan nama KPPj8 dan semoga kejayaan akan sentiasa bersama-sama KPPj8 dalam mana-mana pertandingan yang akan disertai oleh KPPj8. 




Admin Ayam Kabel

1 comments:

:) said...

Assalammualaikum..nk tumpang tanya..buat tournament ni dekat mane yer?sebab saya nk anjurkan pingpong tournament..tp xtau dewan mane..harga ok x?kalau boleh..nnt bg contact no 019 6660382

Post a Comment