20 September 2011

KEJOHANAN PINGPONG 1MALAYSIA 2011

KEJOHANAN PINGPONG 1MALAYSIA 2011

1. NAMA KEJOHANAN

1.1. Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Ping Pong 1Malaysia 2011 yang dikelolakan oleh PERSATUAN PING PONG MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR (PPPMWPKL). Objektif Kejohanan ini ialah untuk mengumpul dana Persatuan. 

2. TEMPAT DAN MASA

2.1 Tarikh : 21 Oktober 2011 (Jumaat) hingga 23 Oktober 2011 (Ahad).
2.2 Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.
2.3 Tarikh Tutup : 16 Oktober 2011 (Ahad).
2.4 Undian : 17 Oktober 2011 (Isnin).

KELAB SUKAN DAN REKREASI TAMAN MALURI 
PUSAT PENJAJA, PASAR KG PANDAN
JALAN WIRAWATI, TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR. 

3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.

3.1 Perseorangan Terbuka 1Malaysia (Open Single)
3.2 Berpasukan Expert (Team Expert)
3.3 Berpasukan Novis (Team Novice)
3.4 Bergu Novis (Double Novice)


4. KELAYAKAN PESERTA 

4.1 Semua Pemain mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
4.2 Penyertaan terbuka kepada semua kaum tanpa mengira status dan jantina pemain.

4.3 Definasi pemain dalam kategori Expert.

4.3.1 Pemain atau bekas pemain kebangsaan (National Player).

4.3.2 Pemain Negeri (State Player) ialah :
a-Pemain yang pernah bermain di Kejohanan Peringkat Kebangsaan pada 2007 hingga 2010.
b-Pemain yang pernah bermain SUKMA pada 2010.
c-Pemain Remaja Kebangsaan 2010 (Lelaki sahaja).

4.3.3 Pemain Biasa (Normal Player) ialah :
a-Pemain yang berumur 60 tahun ke atas. 
b-Bekas Pemain Negeri atau State Player yang bermain pada tahun 2006 ke bawah.
c-Pemain Super League (TTAM).
d-Pemain Remaja Kebangsaan (Wanita sahaja).


4.4 Syarat khas bagi Team Expert : (Format 3 Single)

Setiap Pasukan atau Team mestilah terdiri daripada:

a-Hanya seorang National Player atau X National. 
b-Normal Player.
c-Normal Player 

ATAU 

a-State Player
b-State Player
c-Normal Player 

ATAU

a-Normal Player
b-Normal Player
c-Normal Player

4.5 Sekiranya sesebuah Team Expert itu terdiri daripada pemain Melayu sahaja, mereka tidak terikat dengan syarat di atas. Mereka boleh bergabung tanpa had kelayakan pemain.
4.6 Penganjur berhak menggunakan budibicara bagi memutuskan status penyertaan para pemain.

4.7 Definisi pemain dalam kategori NOVIS.

4.7.1 Pemain selain dalam syarat 4.3.1 hingga 4.3.3. 
4.7.2 Bagi tujuan menarik bilangan penyertaan dan saingan dalam kategori Novis, pemain-pemain yang berikut telah disenaraikan sebagai Pemain Biasa (Normal Player) dan tidak boleh bermain bagi kategori Novis, iaitu :
1 Suhaimi (BOMBA) 2 Suhaimi UKM 3 Zamzuri @ belalang 4 Mohd Zaidan Bin Mohd Zawawi 5 Harris (MPOB) 6 Zafarul Idham Bin Shamuli 7 Safaruddin (Terengganu) 8 Faizalmaluri 9 Hafiz (Terengganu) 10 Syed Azwan (Terengganu) 11 Zulfadli @ Kento 12 Pak Lah (Sekinchan) 13 Wan Azman (Selangor) 14 Faizal DBKL @ lycan rage 15 Kamal Bin Zaid (Kelantan) 16 Rozairi (UPSI, Perak) 17 Sofian (MPK) 

5. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN 

5.1 Berpasukan Novis dan Expert.

5.1.1 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut format dan susunan pertandingan seperti dibawah:
Perlawanan Pertama : Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua : Perseorangan Kedua 
Perlawanan Ketiga : Perseorangan Ketiga

5.1.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
5.1.3 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua acara diperingkat awal. Manakala diperingkat seterusnya, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu meneruskan pertandingan. 
5.1.4 Setiap pasukan Expert dan Novis boleh mendaftar tidak lebih daripada 4 orang iaitu 3 Single dan 1 Reserve dengan menggunakan borang pendaftaran. 
5.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik (best of five games)
5.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan. Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan. Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan. 

5.2 Pemain Expert tidak boleh bermain dalam kategori Novis tetapi pemain Novis dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kategori Expert.
5.2.1 Bagi acara Perseorangan Terbuka, semua pemain boleh mengambil bahagian.

5.3 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur. 

6. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN

6.1 Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua pertandingan di dalam kumpulan akan dijalankan secara LIGA di mana Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan diundi untuk ke peringkat seterusnya.
6.2 Bagi acara Open Single dan Double Novice, ianya akan dijalankan secara kalah mati. 
6.3 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
6.4 Sekiranya didapati ada di antara Pasukan atau Pemain dari mana-mana pasukan tidak megikuti syarat penyertaan yang telah ditentukan oleh pihak penganjur, maka pasukan berkenaan akan disingkirkan daripada menyertai Kejohanan ini.

7. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN 

7.1 Borang penyertaan boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama bayaran penyertaan kepada : 

URUSETIA
KEJOHANAN PING PONG 1 MALAYSIA 2011
D/A KELAB SUKAN DAN REKREASI TAMAN MALURI 
PUSAT PENJAJA, PASAR KG PANDAN
JALAN WIRAWATI, TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR.

Fax : 03 - 32697332

7.2 Borang penyertaan dan Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 16 Oktober 2011. Pertukaran terakhir pemain boleh dilakukan pada Mesyuarat ketua-ketua pasukan @ sebelum pertandingan dijalankan. 

Pihak Urusetia tidak akan melayan sebarang penyertaan tanpa bayaran.

7.2.1 Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK Kejohanan:

Mohd Nizam Zakaria (Ketua Teknikal) Tel: 019 –9102288
Hj Raslan Tel: 019-3550923
Faizalmaluri Tel: 013 –3082725
Zamzuri Tel: 013-3033669/012-2212136

8. BAYARAN PENYERTAAN 

YURAN PENYERTAAN
Berpasukan Expert RM 120.00
Berpasukan Novis RM 100.00
Perseorangan Terbuka 1Malaysia RM 10.00
Bergu Novis RM25.00

8.1 Bayaran boleh terus dibuat terus ke akaun :

Nama Bank - CIMB BANK
No Akaun - 1431 0005 2530 58
Bayaran Kepada - PERSATUAN PING PONG MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN 
KUALA LUMPUR

(Sila berikan pengesahan dengan fakskan slip bayaran kepada pihak Urusetia Kejohanan).

9. HADIAH KEMENANGAN

9.1 Berpasukan Expert

Johan RM 1500.00
Naib Johan RM 1000.00
Ke 3&4 RM 500.00
Ke 5–8 RM 200.00

9.2 Berpasukan Novis
Johan RM 1100.00
Naib Johan RM 700.00
Ke 3&4 RM 400.00
Ke 5–8 RM 100.00

9.3 Perseorangan Terbuka 1Malaysia
Johan RM 600.00
Naib Johan RM 400.00
Ke 3&4 RM 200.00
Ke 5–8 RM 100.00

9.4 Bergu Novis
Johan RM 600.00
Naib Johan RM 400.00
Ke 3&4 RM 200.00
Ke 5–8 RM 80.00
10. WAKTU PERTANDINGAN

10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu. Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah. 

11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN

11.1. Semua pasukan mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang ditetapkan. Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan) dikira kalah dan disingkirkan dari kejohanan. 

12. PENANGGUHAN

12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan berlangsung, akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang jadual pertandingan.

13. KIRAAN MATA

13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah

14. BANTAHAN

Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara bersurat dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah ditangani oleh Pengurus Pasukan / Ketua Pasukan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA). Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.

JURI
Pihak JURI terdiri daripada : 

Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur
AJK : Teknikal Pertandingan
Ahli : Wakil dari 3 Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan

15. HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dari semasa ke semasa, demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini. 

Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad. 


16. PERKARA-PERKARA LAIN 

16.1 Semua pengadil bagi kejohanan ini, akan ditauliahkan oleh pihak penganjur sebagai Pengadil Rasmi Kejohanan ini.
16.2 Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat di dalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad. 
16.3 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan Kejohanan ini. 
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna oren. Track bottom adalah digalakkan. Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola berjenama 3 bintang berwarna oren akan digunakan sepanjang kejohanan ini.

17. PENGINAPAN 
Pemain dari luar Kuala Lumpur yang memerlukan tempat menginap boleh berhubung terus dengan urusetia kejohanan.

0 comments:

Post a Comment