08 March 2011

Cadangan LIGA P8

Assalamualaikum...

Cadangan untuk mengadakan LIGA P8 pernah dibincangkan sekitar bulan november 2010 yang lalu. Sehubungan dengan itu, saya ada mengambil inisiatif sendiri dengan membuat format carta pengiraan liga dan ianya sedia untuk digunakan sekiranya cadangan LIGA P8 ini menjadi kenyataan.

Oleh kerana bilangan ahli kelab kita yang agak ramai (+-50 orang), adalah dicadangkan supaya liga ini dibahagi kepada 2 kategori untuk memudahkan urusan pentadbiran dan melicinkan perjananan pertandingan itu sendiri. Saya mencadangkan supaya liga kita ini diadakan pada malam-malam yang tertentu sahaja dan semestinya bukan pada malam minggu untuk memberi peluang kepada ahli-ahli yang ingin balik kampung atau pergi bercuti.

Cadangan liga diadakan pada setiap hari berikut bermula pukul 9.00 hingga 12.00 malam :-
  1. Selasa (malam rabu)
  2. Khamis (malam jumaat)

Setiap pemain yang ingin menyertai liga diwajibkan datang pada malam-malam yang tersebut itu...dan ini tentunya memerlukan kerjasama yang jitu dari semua pemain. Tanpa komitmen yang tinggi dari semua pemain, rasanya sukar untuk kita menjayakan acara liga yang dimaksudkan ini. Kita mungkin boleh mengenakan sistem penalti sekiranya mana-mana pemain gagal menghadirkan diri lebih daripada 2 atau 3 kali berturut-turut...sekadar cadangan!!!

Cadangan LIGA P8 bermula 1 April 2011

Sekiranya kita benar-benar ingin mengadakan LIGA P8....maklumbalas dari semua bakal pemain amat-amat diperlukan. 

7 comments:

Busro said...

tak de yg berminat nampaknya...&^$%*$%@#%^&*&*%@#$#$

asmadi9009 said...

aku minat... heeee

Busro said...

1st respond...ok
mana lagi yg lain...x kan main liga kita 2 org je Madi?

Anonymous said...

Aku konpem main..tp bole ari selasa jer..Aidi

KPPj8 said...

mana lagi yg lain...sp far yg agreed nak main liga P8...azam, asmadi, kimi, napi, aidi and man No1
yg lain mana?

Anonymous said...

Aku pong nak joint juga...meh ler ramai2 kita memeriah kan liga...P8..ni..Adi bangi

Anonymous said...

aku join...Jo Speed 90

Post a Comment