06 March 2011

Liga Bergu KLO STA Siri 2 - Ulasan Pertandingan

3 bergu dari P8 menyertai pertandingan ini iaitu Azam & Shahrul, Hanafi & Azman dan Megat & Izad. Pemain-pemain berkumpul di P8 pukul 6.30 petang, menjamu selera di Mamak sebelum bertolak ke KLO STA selepas solat maghrib.
Seperti Siri 1, pertandingan kali ini disertai oleh 25 bergu yang semuanya handal-handal belaka. Alhamdulillah untuk siri kali ini, bergu-bergu P8 telahpun bermain dengan baik dan memberikan persembahan yang bertenaga tetapi masih gagal untuk melepasi ke peringkat separuh akhir. Bergu Hanafi & Azman yang walaupun kali pertama digandingkan telah menunjukkan permainan yang menarik dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan. Mereka kalah 2 perlawanan pertama dan menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan...Tahniah kepada Hanafi & Azman!!!
Bergu bidan terjun iaitu Megat & Izad juga berjaya memberikan persembahan yang membanggakan. Hanya sedikit nasib yang kurang baik menyebabkan mereka tewas pada 2 perlawanan pertama peringkat kumpulan walaupun sentiasa mendahului pihak lawan sepanjang perlawanan.
Regu Azam & Shahrul telah menjuarai peringkat kumpulan, mendapat bye di pusingan ke-2 untuk terus layak ke Suku Akhir dan berpeluang cerah untuk layak ke Grand Finale sekiranya layak ke Separuh Akhir. Malangnya regu tersebut telah tewas tipis (2-3) 9-11 di set penentuan Suku Akhir. Kekecewaan jelas terbayang di wajah Shahrul & Azam atas kegagalan mengambil peluang dengan sebaiknya.
Semangat dan kesungguhan yang tinggi yang ditunjukkan oleh P8 menyebabkan pihak penganjur telah bersetuju untuk tidak menghadkan kuota penyertaan kepada P8. Selama ini P8 hanya diberikan 3 slot regu...Terima Kasih kepada pihak KLO STA!!!
Kami bertolak balik ke Putrajaya lebih kurang pukul 3.30pagi.

p/s: Saudara Megat akan menjalani pembedahan pada hari Isnin (7/3/11) dan terpaksa gantung bet selama sebulan setengah. Kami mendoakan semoga Saudara Megat selamat menjalani pembedahan dan pulih sepenuhnya dengan kadar segera....InsyaAllah

Sekian lapuran untuk kejohanan ini. 

Kejohanan seterusnya di Seremban pada 19 & 20 Mac 2011

0 comments:

Post a Comment