28 March 2011

Liga Presint 8

CADANGAN MENGADAKAN LIGA (Single) PRESINT 8

Masa : 9.00 hingga 12.00 malam (TETAP)

Tarikh Bermula : 5 April 2011 (Selasa)

Tarikh Seterusnya : 7 April 2011 (Khamis) dan Setiap Malam Selasa dan Khamis sehingga semua perlawanan Liga selesai...

Yuran Pertandingan : RM5.00 Seorang (rasanya yuran diperlukan untuk mendapatkan komitmen pemain)

Pemain : Terbuka Kepada Semua Ahli Presint 8, Putrajaya

Peraturan dan Kaedah Pertandingan :-
  1. Setiap ahli yang ingin menyertai pertandingan, mesti mendaftarkan nama beserta yuran penyertaan sebanyak RM5.00 (dibayar kepada En Hassan)
  2. Pertandingan hanya dijalankan pada hari selasa dan hari khamis sahaja bermula dari pukul 9.00 sehingga 12.00 malam. Keputusan perlawanan pada hari-hari lain tidak diambil kira sebagai keputusan liga.
  3. Pertandingan akan diadakan dengan kiraan "Best of 5" mengikut syarat-syarat ITTF.
  4. InsyaAllah Piala Pusingan akan disediakan, bergantung pada kewangan kelab.
  5. Pada peringkat awal, liga hanyalah untuk menentukan pemain-pemain yang akan bermain di Liga A atau Liga B, sebagai contohnya:- Kita ada seramai 40 pemain, kita pecahkan kepada 4 Kump, so setiap Kump akan ada 10 orang pemain. Setiap 10 orang pemain itu akan bermain secara liga untuk menentukan kedudukan dalam liga untuk setiap Kump.Ambil 5 pemain teratas setiap Kump (20 orang semuanya) untuk bermain dalamLiga A. 5 pemain terakhir dalam setiap Kump (20 orang) akan bermain di Liga B.
  6. Bila habis semua perlawanan Liga A dan B, 5 pemain terakhir di Liga A diturunkan ke Liga B dan begitu juga pemain di Liga B akan naik ke Liga A dan seterusnya selagi ada sambutan.
  7. Kita mengharapkan supaya setiap pemain akan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap perlawanan liga dan InsyaAllah meningkatkan lagi mutu permainan pemain-pemain.
  8. Memahami komitmen masing-masing terhadap keluarga dan kerjaya, namun kita juga mengharapkan sedikit komitmen terhadap liga untuk melancarkan perlawanan liga itu sendiri.
  9. Sekiranya ada pemain yang tidak hadir sebanyak 3 (atau 4)(saya memerlukan persetujuan ramai) kali berturut-turut, nama pemain tersebut akan terkeluar dari liga. <--- adakah syarat ini pelu...untuk melancarkan perjalanan liga???
  10. InsyaAllah, bermula esok saya akan menampalkan senarai nama yang ingin menyertai pertandingan. Senarai nama ini perlu disiapkan sepenuhnya pada hari Jumaat (1 April 2011) untuk memberi sedikit masa untuk saya memasukkan ke dalam carta liga. Setiap keputusan perlawanan dan kedudukan liga akan ditulis di blog ini...insyaAllah.
Seterusnya....silakan dari sesiapa ada ada cadangan lain....
sila tulis diruangan "comments"

4 comments:

KPPj8 said...

Yang dah setuju nak main :-

Napi, Madi, ManGanu, Rauf, Aziz, Pak Hassan, Joe, Adi Bangi, Azam, Shahrul, Jayen, Megat, Sahak, Hisham, Zul, ManTopi, Kimi, Azizol, Ezad...yg lain aku kurang pasti....

Anonymous said...

sy nak masuk kelab pinpong presint 8 cam ner yerk...

Busro said...

datang je main kat P8....pas tu bayar yuran RM10 sebulan. Tak yah buat medical cekkup bagai....senang je

Jimmy Azlin said...

betul2... xpayah medical check up... mai ler dtg ke presint 8...

Post a Comment